Want your
own Fotopage?








 
dhiya's FotoPage

By: mama dhiya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 25-Mar-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
UPACARA JEJAK TANAH – IKUT ADAT KESULTANAN RAWA

Adib
Dani
Ayam Golek
Bunga Telur
Batang Daun Bemban
Umi Dani
UPACARA JEJAK TANAH

AHAD, satu adat yang jarang sekali di adakan pada masa kini iaitu upacara menjejak tanah sepupu Dhiya, Dani & Adib; 14 bulan dan 12 bulan ( semasa upacara diadakan).


Khusus mengetuai upacara ini Hj Mohd Ali B. Dali yang juga berketurunan kesultanan Rawa dibantu oleh isteri Hjh. Zaiton Bt Radin, dijemput khas dari Batu 3,Klang. Upacara ini sekadar adat dan kepercyaan kami ( sebelah mak ) yang berketurunan kesultanan Rawa dengan itu kami mengadakan upacara jejak tanah ini pada setiap anak, cucu dan seterusnya.

Jelas Mohd Ali; Upacara ini diadakan semasa bayi berumur 11 bulan atau 12 bulan dan sudah pandai berjalan. Selagi upacara belum diadakan bayi tidak dibenarkan sama sekali memegang bunga, memijak tanah dan ada sesetengahnya juga percaya bayi tidak boleh memakan ayam dan memakai perhiasan yang diperbuat dari emas. Jika berbuat demikian ditakuti bayi akan menjadi lemah dan sering sakit atau mengalami gangguan mental dan fizikal.

Persediaan – Sebaiknya majlis diadakan pada waktu pagi kerana bayi masih segar, cuacatidak panas dan diadakan pada 1hb – 15hb mengikut kalender Islam.

Bayi dipakaikan inai pada malam sebelum upacara diseluruh jari tangan dan kaki seperti pengantin.

Beberapa bahan diperlukan seperti beras putih, beras kunyit, bertih, tiga jenis bedak sejuk ( kuning/hitam putih ) daun sepenuh, daun puding, 7 jenis bunga, 3 biji limau nipis, 2 ketul ibu kunyit, sebentuk cincin belah rotan dan bagi bayi lelaki sebilah keris.

Bahan-bahan untuk Adib.


Bahan-bahan untuk Dani


Diatas hanparan ditabur 7 jenis bungan, bertih beras & beras putih. Hamparan kemudiannya digulung dan dibacakan doa bagi memulakan acara, kemudian hamparan dibawa keluar dilaman rumah.

Bayi dipakaikan sepasang baju kurung/baju melayu dan bewarna kuning persis seorang raja. Pada pagi itu kali pertama bagi keluarga kami mengadakan upacara ini serentak untuk Dani dan Adib. Dani memulakan upacara ini dan diikuti oleh Adib. Masing2 dipimpin berjalan diatas bunga secara bulatan sebanyak 3 kali,

Selepas itu didudukkan dan Hj Mohd Ali memegang dulang berisi beras,putih,beras kuning, dan bertih untuk dipilih oleh mereka. Air limau direnjis2 pada mereka dan sekali lagi dipimpin berjalan diatas hamparan bunga.

Cincin belah rotan digunakan untuk menconteng dahi, dada, belakang, tangan serta tapak kaki. Kemudianya kaki mereka dijejakkan ke tanah dan badan di calitkan tanah. Dan sekali lagi dibawa berjalan mengelilingi hamparan bunga itu.

Upacara ini iringi dengan bunyi letupan (senapang/mercun) dan gong bagi memeriahkan majlis.

Kemudian mereka dimandikan dengan bedak² sejuk kemudiannya dibilas dan disiram dgn air limau. Selesai mandi mereka disiapkan dan kemudiannya dibawa kedalm rumah. Bacaan doa diadakan sekali lagi dan kemudian mereka dihidangan ayam masak lemak kuning dan nasi kunyit. Bagi mengahiri majlis ini tetamu dijamu dengan jamuan ringan dan diberikan bunga telur sebagai tanda terima kasih kerana sudi datang.

Ini merupakan Upacara yang pertama kami adakan di Kuala Lumpur dan di ketuai oleh Hj Mohd Ali. Sebelum² ini kami mengadakan upacara ini di kampung mak di Ipoh dan diketuai oleh pakcik yg berada disana.

Selepas upacara diadaakan Dani & Adib masih berpantang lagi, tapi kali ini selama 3 hari sahaja.. Mereka tidak boleh lagi terkena tanah dalam tempoh 3 hari. Dan pada hari ke-3 itu mereka perlu mengikuti beberapa peraturan sebelum mereka boleh terus jejak ke tanah. Mereka dibekalkan setiap seorang, batang daun bemban, limau dan ibu kunyit. Sebelum mereka boleh berjalan diatas tanah, Batang daun bemban diukur tinggi mereka dan dipotong mengikut ketinggian mereka. Selepas itu di calitkan dengan ibu kunyit dan kemudian biarkan mereka berjalan dengan batang daun bemban pada air embun yang ada pada runput kemudian lepas kan mereka untuk bermain akhirnya mereka dimandikan dengan air limau.


Quote:
ibrahim al-rawi,
"kenapa permaisuri Puti Pagar Ruyung buat sumpahan utk jojak ni" ...cerita versi arwah Opah saya la... lebih kurang begini.. Puteri Pagar Ruyung tu nk kawin dgn ermm lupa la plak... tp keluarga dia x benarkan then pasal diorg kawin juga dikenakan syarat itu... "berjojak" something like that..... citer ni masa kecil2 dulu.. skg ni ingat2 lupa... tp lebih baik dptkan cerita ini dr org yg lebih layak hehehehe

"7 keturunan dah tak payah buat adat jojak ni lagi"..
seingat saya Berjojak ni bukan macam sumpahan mahsuri... dia tiada tempoh atau had yg ditetapkan..
tp ada 2 3 pendapat yg berlainan pasal ni.. iya lah bila ia melibatkan kepercayaan dan agama kadangkala org jadi lebih berhati2....
Menurut 'Bomoh yg digopeng' saya lupa nama beliau.... tidak buat pun tak ape dan berdoa dijauhi perkara2 yg buruk... wallahu a'lam..

Menurut Pakcik Mohd Ali ini pula.... Semua ini tidak boleh ditingalkan... berterusan sampai bila2.. wallahu a'lam..

Pakcik Mohd Ali ini bukan saudara rapat kami... Kebetulan mak terjumpa satu artikel berjojak ini pada majalah wanita lama tak ingat tahun bila...( masa tu mak mmg tgh mencari "bomoh" di KL.. memandangkan susah hendak balik Ipoh tiap hendak berjojak)... dan tak tahu bagaimana mak boleh dptkan contact no pakcik Mohd Ali tu...
Seingat saya pakcik ni asal dr batu 3 Tapah tetapi telah berpindah dan menetap di Klang..dan masa saya di kolej dahulu pernah berjumpa seorang berketurunan Rawa yg tinggal di Klang... hehehehe

"tentang yang saudara ejoi katakan tu..upacara/majlis membasuh kaki pengantin tu"
Saya tidak pernah dengar dan seingat saya tiada dlm keluarga kami yg pernah melakukan perkara demikian heheehhe tetapi menarik juga... mayb ejoi sendiri bleh berkongsi cerita ini... tq

Tahniah atas berjayanya majlis Berjejak/Jojak Tanah tersebut.
saya juga akan melaksanakan majlis tersebut untuk anak perempuan saya pada bulan 10 nanti (itu pun bergantung kepada tarikh kelendar Islam).
Waktu ini saya sudah pun memikirkan hal-hal yang perlu diambil kira untuk majlis tersebut supaya ianya akan dapat berjalan dengan lancar dan berjaya.
Disebabkan ianya akan dilaksanakan di kampung (di Gopeng), pasti ianya memerlukan ketelitian kerana ada ramai 'orang lama' yang akan hadir pada majlis tersebut.

P/S - Bila anak anda sudah dewasa dan ingin berkahwin, akan ada satu majlis 'membasuh kaki' untuk pengantin yang berketurunan Raja Rawa.
Fri 20-Jul-2007 08:47
Posted by:ejoi effizzul@yahoo.com  - [Link]
ni baru 1st time tau ada adat camni...
silalah lawat fp saya ---------------------------------------------------->>
Thu 27-Sep-2007 17:33
Posted by:mrsmarwan  - [Link]
assalamualaikum,

seronok tengok orang berjojak..saya kecik2 dulu pun berjojak. kat kampung gopeng..bila dah besar2 ni baru la nak cuba selami apa yang tersirat di sebalik adat jojak ni..kenapa permaisuri Puti Pagar Ruyung buat sumpahan utk jojak ni ... just nak tanya pada kawan2 yang tahu...

lagi satu , menurut ayah saya, katanya lepas 7 keturunan dah tak payah buat adat jojak ni lagi..maknanya saya ni mengikut perkiraan , keturunan yang ketujuh.., maka kalau dapat anak nanti, tak payah buat pun takpe.... ye ke?

wallahu a'lam..

tentang yang saudara ejoi katakan tu..upacara/majlis membasuh kaki pengantin tu, macam pernah dengar.. boleh terangkan dengan lebih terperinci?

wassalam..
Sat 19-Jul-2008 13:59
Posted by:ibrahim al-rawi ibrahim_addilmawiyy@yahoo.com.my
pakcik Haji Mohd. Ali b. Dali tu duduk mane kak? Duk kat klang ke? kat Klang pun ada orang Rawa yang tahu pasal jojak ye? die sedare akak ke? Sat 19-Jul-2008 14:01
Posted by:ibrahim al-rawi ibrahim_addilmawiyy@yahoo.com.my
a'kum akak, saye ade dengar (biasa la, banyak versi) yang raja rawa dulu takde pewaris, kemudian die carik anak sultan bugis utk dikahwinkan ngan anak perempuannye, tapi dengan syarat diadakan upacara jojak. tul ke? kalau camtu, rawa yang ada skang ni (especially yang wat adat jojak ) ade darah bugis ke? lain macam je cite ni, huhu..tapi ade cube akak tengok kat forum 'sekondakhati'...dah jadik versi macam2..pelik2.. Mon 12-Jan-2009 16:39
Posted by:ibrahim al-rawi ibrahim_addilmawiyy@yahoo.com.my
sy nk tau mjls membasuh kaki tuk pengantin yg berketurunan raya mcm mana?
cite ckit bleh?
Wed 25-Feb-2009 01:27
Posted by:kay
Sangat infomatif, interesting. Saya separuh Rawa, sebelah ibu sahaja. Ibu saya berasal dari Kampung Gunung Panjang, Gopeng. Ada sesiapa berasal daripada sana? Sun 28-Jun-2009 14:50
Posted by:Ariffz ariff.zul@gmail.com
kak nak tanya ader x no tepon pakcik ali ni.
kalu boleh secepat yang mungkin TQ
Fri 23-Oct-2009 01:25
Posted by:shahira shahira_azinee@yahoo.com
Salam..boleh tak saya nak dapatkan nombor telefon pakcik Ali tu. sebab family saya pun buat jejak tanah jugak. skrg nak cuba buat KL. kalau tak memang kene buat kat kg Bidor je setiap anak.
Terima kasih.
Tue 24-Nov-2009 13:22
Posted by:Lina linamajid@gmail.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.